Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PI PPR Taman Sri Wangi

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri bertempat di Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi diadakan pada 16 Jun 2019. Pelbagai pertandingan diadakan antaranya pertandingan sampul duit raya digital, pertandingan GIF raya, pertandingan wefie raya dan pertandingan baju raya. Disertakan pendaftaran keahlian pada hari tersebut adalah percuma dan terhad kepada 50 pengunjung terawal sahaja.

Para pengunjung bertandang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mereka sangat gembira menyertai banyak pertandingan yang pastinya membawa ganjaran yang lumayan untuk para pengunjung. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Para pengunjung mengenakan pakaian yang sangat cantik semasa majlis tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali