Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Lundu

16 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan dan Pusat Internet kluster Lundu yang lain telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Lundu. Peserta yang terlibat adalah semua pelajar tingkatan tiga SMK Lundu, bersempena dengan Pasca PT3. Ceramah KDB ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menambah pengetahuan para pelajar tentang keselamatan penggunaan internet. KDB dimulakan dengan menerangkan kepada para pelajar enam topik utama tentang Klik Dengan Bijak contohnya seperti Buli Siber, Penipuan dalam Internet, dan Terlebih Kongsi.

Kemudian para pelajar dipertontonkan dengan video-video berkaitan dengan Klik Dengan Bijak dan video-video mengenai keselamatan internet. Setelah selesai sesi penerangan, soalan berdasarkan penerangan KDB diberikan kepada para pelajar. Untuk slot aktiviti, para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menulis dan melukis di atas kertas pembentangan logo WhatsApp kumpulan masing-masing, mereka nama WhatsApp kumpulan, serta 10 peraturan yang boleh dibincangkan dan 10 peraturan yang tidak boleh dibincangkan di dalam WhatsApp kumpulan tersebut.

Mereka diberikan masa sebanyak 30 minit kemudian mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan. Program kemudian diteruskan dengan melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu permainan radio rosak. Empat orang wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki pergi ke hadapan, dan seorang wakil diberikan perkataan berkaitan dengan KDB secara rawak dan tiga lagi wakil diberikan fon kepala dan mereka dikehendaki meneka perkataan yang disebut oleh rakan mereka. Program ini berlangsung selama 4 jam, bermula pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali