KDB Advokasi MSU Cawangan Kuching

5 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2019, Staff Pusat Internet Kg Pandan telah telah berkunjung ke MSU Cawangan Kuching dengan kerjasama bersama Staff Pusat Internet Taman Sri Wangi dan Pusat Internet Telaga Air. Beberapa tajuk telah dikongsikan semasa sesi KDB tersebut, antaranya ialah: Sesi KDB dibuka dengan Taklimat Pengenalan dan fungsi Pusat Internet oleh Staff PI Telaga Air. Staff PI Pandan meneruskan dengn Tajuk Penipuan Online yg berpecah kepada 4 topik iaitu Penipuan Jual Beli Online, Penipuan Pekerjaan Dalam Talian, Penipuan email atau phishing dan Love Scam.

Kemudian diteruskan lagi dengan Perkongsian Online Grooming, Buli Siber dan Siber Stalking oleh Staff PI Telaga Air. Staff PI Sri Wangi mengakhiri perkongsian pada hari itu dengan Taklimat, Check Your Label (MCMC) dan eWaste. Sesi KDB ditutup dengan kuiz, penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Sesi KDB MSU ini dimula pada jam 2 ptg hingga 4 ptg ini dihadiri oleh 117 orang pelajar, iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 92 orang pelajar perempuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali