E-Kelas Sains 2019
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniE-Kelas Sains diteruskan pada 6 April 2019. Dalam minggu ini mereka diberi tugasan untuk membuat eksperimen. Untuk Tahun 6 mereka dikehendaki membina Kereta Lumba Belon . Tujuannya adalah untuk mempelajari bagaimana kereta mainan yg diperbuat daripada botol bergerak menggunakan angin di dalam belon.
Dan tugasan untuk Tingkatan 1,2 dan 3 adalah :
Tingkatan 1: Aktiviti Belon Ajaib
Pelajar diminta untuk membuat eksperimen tindak balas kinetik antara Cuka & Soda bikarbonat terhadap bentuk Belon.
Tingkatan 2: Sistem Pencernaan
Pelajar diminta untuk melukis dan melabelkan organ organ sistem pencernaan.
Tingkatan 3: Membuat Periskop
Untuk pelajar Tingkatan 3 ialah membuat periskop di dalam kumpulan setelah mengulangkaji bersama eCikgu
Para pelajar sangat teruja serta bersemangat menyelesaikan tugasan masing-masing.
Kelas dihadiri oleh 12 orang pelajar. Untuk Tahun 6 seramai 6 org, Tingkatan 1 & 2 seramai 3 org dan Tingkatan 3 3 org.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: