Program “Klik dengan Bijak” dan Pengenalan E-Kelas SMK Senibong

1 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Program “Klik dengan Bijak” SMK Senibong diadakan pada 31 Januari 2019 yang memfokuskan pengguna celik teknologi dan kandungan media baru sekaligus membendung masalah penyalahgunaan internet. Pendedahan e-kelas kepada pelajar SMK Senibong memberi laluan positif untuk para pelajar mengetahui sesi pembelajaran percuma melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan kurikulum sekolah Malaysia untuk pelajar tahun 6, tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5.

Para pelajar juga didedahkan tentang 3 subjek utama yang terlibat antaranya Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Tentatif program dimulai dengan kedatangan pelajar ke dewan sekolah, talimat advokasi & KDB oleh saudara Oneal, Pengurus Pusat Internet Stungkor, taklimat pengenalan modul e-kelas oleh saudari Anirul, Pengurus Pusat Internet Kg Pandan serta diakhiri penyampaian cenderahati kepada wakil SMK Senibong dan sesi bergambar.

Program tersebut dijalankan selama 1 jam 30 minit, bermula pukul 2 petang hingga 3.30 petang yang dihadiri oleh pelajar serta guru SMK Senibong.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali