E-Kelas Matematik dan Sains
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniE-Kelas diteruskan lagi pada minggu pertama untuk bulan Ogos dan kelas ini telah diadakan pada hari Sabtu 03 Ogos 2019. Tajuk untuk aktiviti E-Kelas Matematik untuk Tingkatan 2 pada kali ini adalah "Laju dan Pecutan". Pelajar diberikan contoh gambar-gambar yang menunjukkan masa dan pelajar dikehendaki menghitung pecutan bagi setiap gambar dan mengenal pasti gambar yang mempunyai pecutan tertinggi.
Manakala, untuk E-Kelas Sains Tingkatan 2 pula, pelajar dikehendaki membuat aktiviti mencipta model telefon dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan seperti, cawan kertas, pencungkil gigi, tali, pen warna dan gunting. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 20 minit dan bermula pada pukul 0200-0240 petang untuk subjek Matematik dan pukul 0240-0320 petang untuk subjek Sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: