c

E-kelas Bahasa Inggeris 21 Jun 2019

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas 21 Jun 2019 diteruskan pada hari ini dengan mempelajari subjek Bahasa Inggeris iaitu melibatkan pengenalan tentang membuat suatu karangan Bahasa Inggeris. Antara aspek dipelajari adalah membuat karangan berdasarkan gambar, membuat perenggan demi perenggan, mengesan watak utama, memberi tajuk untuk suatu karangan, tatabahasa digunakan serta perenggan penutup untuk sesebuah karangan. Tips membuat surat rasmi juga diketengahkan untuk panduan peperiksaan kertas karangan Bahasa Inggeris.

Kelas bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Mereka sangat teruja dalam menyumbang idea untuk membuat karangan Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali