E-Kelas Bahasa Inggeris
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniE-kelas diteruskan lagi bagi minggu yang pertama yang diadakan pada hari Jumaat, 02 Ogos 2019. Untuk aktiviti E-kelas pada minggu ini, pelajar Tahun 6 mengulang kaji subjek Bahasa Inggeris bagi membuat persediaan untuk peperiksaan yang bakal menjelang.
E-kelas tersebut dijalankan di dalam bilik latihan Pusat Internet Kg. Pandan selama 40 minit. Banyak contoh-contoh soalan dan juga petua dikongsikan dalam sesi E-kelas kali ini. Kelas bermula pada pukul 0300 hingga 0340 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: