c

Soft Skills - Pembentangan

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Soft skills Pembentangan telah diadakan pada hari Ahad, 18 Ogos 2019. Kelas tersebut berlangsung selama dua jam, bermula pada pukul 0230 petang hingga 0430 petang. Kelas disertai oleh 15 orang peserta keseluruhannya. Kelas tersebut diadakan untuk membantu meningkatkan keyakinan diri peserta dan juga mengajar pengetahuan asas untuk pembentangan.

Kelas dimulakan dengan menayangkan filem anamasi kepada peserta, menerusi filem tersebut peserta dikehendaki menyenaraikan nilai-nilai murni serta pengajaran yang mereka peroleh. Peserta-peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap ahli kumpulan diberikan peluang untuk membentangkan bahagian atau isi masing-masing. Setiap peserta memahami mesej filem dan cara-cara asas untuk pembentangan. Semua peserta dapat membentangkan hasil perbincangan mereka dengan sangat baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali