E-Kelas Bahasa Sains 13 April 2019

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Bahasa Sains diteruskan pada 13 April 2019. Dalam minggu ini mereka diberi tugasan untuk membuat eksperimen. Untuk Tahun 6 mereka dikehendaki membina Model Fasa Bulan. Tujuannya adalah untuk mempelajari kedudukan matahari mengikut fasa bulan.

Dan tugasan untuk Tingkatan 1,2 dan 3 adalah :

Tingkatan 1: Mencipta Litar Elektrik di atas Kertas
Pelajar diminta untuk membuat eksperimen tindak balas arus elektrik menggunakan kertas.

Tingkatan 2: Mencipta Elektrolisis Air
Pelajar diminta mencipta elektrolisis air untuk melihat hasil oxygen dan hydrogen semasa eksperimen itu sedang dijalankan.

Tingkatan 3: Melukis Model Sistem Respirasi Manusia
Untuk pelajar Tingkatan 3 ialah mereka diberi tugasan untuk melukis system respirasi manusia di atas t-shirt yang telah disediakan.

Para pelajar sangat teruja serta bersemangat menyelesaikan tugasan masing-masing.

Kelas dihadiri oleh 2 orang pelajar. Tingkatan 3 2 org.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali