Bengkel Poster Powerpoint & Bengkel Excel

05 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel Poster Powerpoint dan Bengkel Excell telah diadakan pada 4 Oktober 2018 bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Bengkel ini diadakan bersama dengan para guru dari SK Siar Campuran Lundu. Bengkel ini adalah bertujuan bagi membantu para guru bagi lebih menguasai dan menggunakan perisian dengan lebih baik.

Bagi sesi membuat poster, mereka didedahkan dengan cara yang lebih mudah berbanding dengan menggunakan Photoshop. Sebelum bengkel ini mereka banyak bergantung kepada perisian atas talian yang terhad cara penggunaan nya. Kini mereka mampu untuk menghasilkan poster yang menarik mengikut kreativiti maasing-masing.

Sesi Excel pula mereka di dedahkan dengan cara memasukan formula ke dalam jadual serta beberapa tip lain bagi memudahkan mereka memahami fungsi-fungsi yang terdapat di dalam perisian tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali