Pembentangan Proposal Oleh Kluster Pendidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Sarawak
07 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 May 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah dipilih sebagai tempat bagi Pembentangan Proposal Oleh Kluster Pendidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Sarawak di bilik latihan Pusat Internet Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang telah disertai oleh wakil komuniti Kpg pandan dan Kluster Pendidikan daripada UMK. Program ini bertujuan untuk membentangkan Proposal sebagai idea dan penambahbaik bagi pemantapan ekopelancongan di Lundu yang boleh diusahakan oleh PI Kpg Pandan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Sebagai usaha mempromosi Lundu sbg pusat ecopelancongan selaras dengan objektif komuniti Pintar.
- Mengeratkan silaturahim antara PI Kpg pandan dan Komuniti Luar
- Sebagai cadangan yang boleh dilakukan di PI Kpg Pandan bagi memantapkan lagi eko-pelancongan di Lundu dan Sematan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pembentangan proposal oleh cluster pendidikan UMK
- Sesi soal jawab dan bertukar pendapat
- Penutup
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: