Membantu Golongan Belia Mengisi Borang TUBE
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas membantu golongan belia mengisi borang TUBE di bilik latihan PI Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang telah disertai seorang belia dari Lundu. Kelas ini bertujuan membantu golongan belia mengisi borang TUBE secara atas talian. Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
- Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
- Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan taklimat berkenaan keusahawanan bagi memberi ilham untuk mengisi borang tersebut
- Pihak PI Kpg Pandan membantu peserta mengisi borang tersebut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: