TTT Graphic Design PI Central
06 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 dan 5 May 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu dan Pusat Internet 1 Malaysia Bako dengan kelolaan Nera Infocom telah mengadakan program TTT Graphic Design PI Central bertempat di bilik latihan aras 1 Nera Infocom Sdn. Bhd. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 30 orang yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet bahagian Pusat. Program ini bertujuan memberi bimbingan dalam menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dalam menghasilkan rekaan grafik bagi membantu dalam pekerjaan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Boleh mengajar komuniti sekitar PI jika pengurus dan penolong pengurus mahir menggunakan adobe illustrator dan adobe photoshop
- Membantu usahawan membuat iklan, banner, poster dan sebagainya dengan betul dan menarik
- Meningkatkan kemahiran dalam rekaan grafik
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pengenalan kepada grafik design
- Typography
- Illustrasi
- Media Digital
- Pengiklanan
- Korporat Identiti
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: