Kelas Membuat Keychain Menggunakan Felt
27 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas membuat keychain menggunakan felt di bilik latihan PI Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang telah disertai 2 orang belia dari Kampung Pandan. Kelas ini bertujuan menambahkan produk yang dihasilkan oleh PI Pandan Craft
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Menambahkan produk PI Pandan Craft
- Sebagai pendapatan sampingan peserta
- Membantu belia untuk memupuk minat berniaga
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta menggunakan internet bagi merujuk rekaan yang menarik
- Memotong Felt dan menghasilkan rekaan menarik
- Menjahit
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: