Program Pelaksanaan Kedaulatan Tanjung Datu
24 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 May 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah dijemput bersama oleh MCMC, Pos Malaysia dan Pejabat Daerah Lundu menjayakan Program Pelaksanaan Kedaulatan Tanjung Datu di Telok Melano, Taman Negara tanjung Datu, Rumah Api Malaysia . Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh MCMC, Pos Malaysia, Pejabat Daerah Lundu, Kelab Belia Maju Lundu, Sarawak Tourism Board dan PDRM. Program ini bertujuan untuk membina poskod bagi Rumah Api Malaysia dan memilih lokasi untuk meletakkan pos pelancongan bagi menarik pelancongan dalam dan luar negara ke Tanjung Datu.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Sebagai usaha mempromosi Lundu sebagai pusat ecopelancongan selaras dengan objektif komuniti Pintar.
- Bagi Mengenalpasti lokasi untuk membuat pos pelancongan yang sesuai di Taman Negara Gunung Gading
- Bagi menarik pelancongan luar mahupun dalam negara
- Memastikan kedaulatan Tanjung Datu
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Berkumpul di Pejabat Daerah Kecil Sematan
- Bergerak ke Telok Melano menggunakan jalan pan borneo
- Melawat ke Rumah Api Malaysia
- Melawat ke Taman Negara Tanjung Datu
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: