Kelas Grafik -Membuat Logo menggunakan Adobe Illustrator
23 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan Kelas Grafik iaitu Membuat Logo menggunakan Adobe Illustrator di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang telah disertai oleh 9 peserta yang terdiri daripada Staff PI Lundu, PI Sematan, dan ahli-ahli Gading Phovid yang mempunyai perniagaan sendiri. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan ciri-ciri logo yang baik dan cara membuatnya, mendedahkan kepada peserta kaedah penggunaan perisian Adobe Illustrator dan mendedahkan cara mencari idea menggunakan internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
- Peserta yang terdiri daripada staff PI Lundu dan Sematan dapat mempelajari dan dapat pula memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti sekitar dalam bidang keusahawanan di tempat masing-masing.
- Usahawan dapat membaiki logo mereka yang sedia ada agar lebih ringkas dan memberi impak yang baik dalam perniagaan mereka.
- Peserta mempelajari perisian baru dan dapat diguna pakai untuk membuat perniagaan design sekiranya mereka telah betul-betul mahir.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- 1. Teori pengenalan kepada Logo
- 2. Pengenalan kepada Perisian Adobe Illustrator
- Belajar Short Cut Key untuk melancarkan pergerakan menggunakan
- Adobe Illustrator.
- Belajar Tools di dalam Adobe Illustrator
- Belajar mencari idea untuk logo di internet menggunakan google
- Peserta membuat logo masing-masing
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: