E-Magazine Fasa 2
16 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13, 14 dan 15 Jun 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Lundu, dan Majlis Buku Kebangsaan Negara telah mengadakan Pogram E-Magazine Fasa 2 bertempat di bilik latihan PI Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 33 buah sekolah yang terdiri daripada guru dan pelajar. Kelas ini bertujuan Membuat E-Majalah untuk sekolah yang terlibat. 11 buah sekolah terlibat untuk setiap sesi pada hari yang berlainan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memantapkan Penggunakan ICT Untuk Lundu Dan Sematan Selaras Dengan Tujuan Komuniti Pintar Lundu.
- Membolehkan Pelajar Dan Guru Membina E-Majalah Yang Baik Dan Tersusun Sebagai Rujukan Generasi Akan Datang Di Sekolah Yang Terlibat
- Sebagai Sambungan Kepada E- Magazine Fasa 1
- Bagi Melihat Perkembangan Pada E-Majalah Yang Dihasilkan Oleh Pihak Sekolah.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pengenalan kepada E-Majalah
- Bimbingan daripada tenaga pengajar dalam menghasilkan E-Majalah tersebut.
- Sesi soal jawab.
- Merangka dan memasukkan data ke dalam E-Majalah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: