E - Magazine
27 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 dan 26 April 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Lundu, dan Majlis Buku Kebangsaan Negara telah mengadakan Pogram E-Magazine bertempat di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pandan. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 33 buah sekolah yang terdiri daripada guru dan pelajar. Kelas ini bertujuan Membuat E-Majalah untuk sekolah yang terlibat
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Memantapkan penggunakan ICT untuk Lundu dan Sematan selaras dengan tujuan komuniti pintar Lundu.
- Membolehkan pelajar dan guru membina e-majalah yang baik dan tersusun sebagai rujukan generasi akan datang di sekolah yang terlibat
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pengenalan kepada E-Majalah
- Bimbingan daripada tenaga pengajar dalam menghasilkan E-Majalah tersebut.
- Sesi soal jawab
- Merangka dan memasukkan data ke dalam E-Majalah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: