Hari bersama PI Kpg Pandan dan Kelab Rekreasi Perunding Muhandis
08 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 6 dan 7 May 2017, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu dengan kerjasama Kelab Rekreasi Perunding Muhandis telah mengadakan program Hari bersama PI Kpg Pandan dan Kelab Rekreasi Perunding Muhandis di Pusat Internet Kg Pandan, Bukit Gondol dan Pantai Pandan. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh ahli Kelab rekreasi Perunding Muhandis, Warga PI Kpg Pandan dan Belia Lundu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti luar dan komuniti setempat sekitar PI Kpg Pandan, membawa Kelab Rekreasi Perunding Muhandis menikmati keindahan tempat2 menarik di Lundu, sebagai usaha mempromosi Lundu sbg pusat ecopelancongan selaras dgn objektif komuniti Pintar dan memperkenalkan fungsi sebenar PI Kpg Pandan kepada komuniti.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Sebagai usaha mempromosi Lundu Sebagai pusat ecopelancongan selaras dgn objektif komuniti Pintar.
- Memperkenalkan fungsi sebenar PI Kpg Pandan kepada komuniti.
- Mengeratkan silaturahim antara PI Kpg pandan dan Komuniti Luar
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Gotong Royong PI Kpg Pandan
- Hiking ke Bukit Gondol bersama Belia Lundu,Kelab Kembara Anak Sarawak dan PI Kpg Pandan.
- BBQ
- Gotong Royong membersih Pantai Pandan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: