Kelas Keusahawanan - Introduction to Totebag
3 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 2 April 2016, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan Kelas Keusahawanan - Introduction to Totebag di Pusat Internet Kampung Pandan sendiri. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang telah disertai oleh 15 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Sekambal berusia 15 tahun kebawah dan golongan belia yang berusia 18 hingga 36 tahun. Kelas keusahawanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan awal berkenaan cara-cara membuat totebag.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
• Mengajar peserta untuk membuat totebag dan memberi kesedaran kepada peserta untuk mendapat mencari pendapatan sampingan di usia yang muda
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Penerangan dan intro tentang totebag yang meliputi cara-cara membuat, bahan-bahan yang digunakan dan material untuk membuat totebag.
• Menunjukkan hasil kerja yang sudah boleh dijual dan cara-cara untuk menjual totebag yang sudah siap
• Bermula langkah pertama iaitu melukis pada kertas sebelum dilukis pada totebag.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: