Kelas Keusahawanan - Introduction to Totebag (Part 2)
3 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 2 April 2016, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan Kelas Keusahawanan - Introduction to Totebag (Part 2) di Pusat Internet Kampung Pandan. Pelajar diajar untuk melakar dan melukis serta mewarna totebag tersebut. Kelas ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 15 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Sekambal berusia 15 tahun kebawah dan golongan belia yang berusia 18 hingga 36 tahun. Kelas keusahawanan ini bertujuan untuk Memberi pendedahan dan penerangan awal berkenaan cara-cara membuat totebag.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri bengkel yang di berikan:
• Mengajar peserta untuk membuat totebag dan memberi kesedaran kepada peserta untuk mendapat mencari pendapatan sampingan di usia yang muda.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Penerangan dan intro tentang totebag yang meliputi cara-cara membuat, bahan-bahan yang digunakan dan material untuk membuat totebag.
• Menunjukkan hasil kerja yang sudah boleh dijual dan cara-cara untuk menjual totebag yang sudah siap
• Bermula langkah pertama iaitu melukis pada kertas sebelum dilukis pada totebag.
• Mewarna totebag yang sudah siap dibuat lakaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: